Sunday, 10 April 2011

Bagaimana menyelesaikan masalah ?

"Sir, Good Morning. Markah Add Maths Ujian 1 saya amat rendah.Bagaimanakah saya menyelesaikan masalah dan bolehkah Sir membantu saya ?"
Saya pun menganalisikan masalahnya dan cuba memberi tunjuk ajar bagaimana meningkatkan keputusan Add Maths pelajar tersebut.

Masalah ini dihadapi oleh kebanyakan pelajar yang mengambil Add Maths pada Tingkatan 4 dan golongan ini mendapat D dalam keputusan Matematik PMR.

Golongan pelajar ini menghadapi masalah untuk mengikuti pengajaran Add Maths di kelas.Mereka susah memahami konsep Add Maths dan tidak tahu bagaimana mengaplikasikan konsep dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Saya pernah mengajar seorang pelajar yang mendapat D dalam Matematik PMR. Disebabkan daya usaha dan minat pelajar tersebut, akhirnya dia mendapat B4 dalam Add Maths SPM.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh membantu pelajar-pelajar tersebut.

1. Mengulangkaji Topik Tingkatan 1-3

Disebabkan pengetahuan asas Matematik pelajar-pelajar  ini lemah, maka topik-topik tertentu (Algebra Expressions, Linear Equations & Linear Inequalities) perlu diulangkaji dan diperkukuhkan.


2. Memupuk minat belajar

Pemupukan minat belajar merupakan satu tugasan penting bagi pelajar-pelajar golongan ini. Bila kita mempunyai minat terhadap sesuatu matapelajaran, maka kita akan berusaha dan selalu mengaji tentangnya.


3. Menumpukan perhatian semasa P & P

Bila guru mengajar Add Maths, pelajar perlu menumpukan perhatian dan selalu bertanya bila terdapat kemusykilan. Di samping itu, pelajar mesti rajin membuat latihan yang diberi oleh guru.


4. Menghadiri Kelas Tambahan

Pelajar-pelajar ini perlu menyertai Kelas Tambahan Cuti Terancang untuk menuntut ilmu yang lebih dan memperkukuhkan penguasaan Add Maths.


5. Menyertai Kumpulan 'Study Group'

Golongan pelajar ini perlu menyertai kumpulan 'Study Group' dengan rakan-rakan supaya dapat membincang bersama masalah pembelajaran.


6. Latih-tubi latihan berformat SPM

Golongan pelajar ini perlu membuat latihan berformat SPM untuk mengetahui kehendak soalan dan menyesuaikan diri dalam menjawab soalan SPM.


Ingatlah , "Bandar Rom bukan hanya sehari dapat didirikan", maka perlulah kita berusaha dan memberi komitmen terhadap matapelajaran Add Maths.

( Ditulis oleh : TGCH'NG  21 November 2009)

No comments:

Post a Comment